Tuesday, April 17, 2012

IGLOO CINTA - 2

BAB 2
“Ibu, Lia minta maaf fasal petang tadi. Lia tak dapat nak kawal emosi Lia.”
Marlia memegang peha ibunya yang ditutup kemas dengan telekung putih yang halus jahitannya. Dia tahu ibu sangat sayangkan telekung itu. Telekung yang dihadiahkan oleh ayah ketika menyambut Ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-20. Jauh datangnya.... dari Doha.

Puan Malika meletakkan sekeping penanda buku yang tertulis perkataan Iqra’ – BACALAH sebelum menutup al-Quran. Diletakkan kemas al-Quran itu di atas reha. Dia berpaling ke arah anaknya, Marlia. 

Lembut wajah wanita ini. Dengan sebuah senyuman yang manis, dipegang tangan anaknya. Marlia menanti kata-kata dari ibunya.

“Lia, iblis dan syaitan itu tidak pernah berhenti menghasut anak cucu cicit Adam agar mengikut jalan hidup mereka. Ingat! Ibu tampar Lia bukan kerana ibu terlalu marahkan LIa. Tapi ibu nak Lia sentiasa ingat untuk menghormati orang yang lebih tua dari Lia. Bukan itu caranya untuk bercakap dengan kakak.....”

“Tapi Kak Marlisa yang mulakan dulu, bu. Ibu tak tahu apa-apa______”
“Ibu tahu, Lia. Ibu tahu apa yang terjadi di sekolah kamu.”
“Macam mana Ibu tahu? Cikgu Adnan call Ibu ke? Mengadu fasal Lia...?”
Puan Malika mengangguk dan Lia dengan penuh rasa malu pada ibunya menangkupkan mukanya di peha Puan Malika. Tersedu-sedu dia menangis. Menangis kerana malu yang amat sangat pada ibunya.

“Itu normal bagi remaja seperti Lia yang sedang meningkat umur. Ia suatu perjalanan Lia. Seronok apa perasaan seperti itu. Ibu pun pernah laluinya. Seperti kamu dan Kak Lisa.”
Puan Malika mengusap-ngusap lembut rambut anaknya. Jari-jemarinya yang halus menyentuh lembut muka Marlia. Menghilangkan titis-titis air mata Marlia. Ditenung lembut penuh bermakna. Cuba menenangkan gelora perasaan anaknya. Dia cuba berkongsi perasaan itu bersama-sama.

“Tapi kenapa Ibu tak marah atau tak tanya Lia sewaktu pulang dari sekolah tadi? Kenapa Ibu buat seperti Ibu tak tahu apa-apa, bu?”
“Lia tak buat salah....”
“Kalau Lia tak salah, Kak Lisa yang salah? Tapi ibu tak marah Kak Lisa pun? Dia dah sakitkan dan malukan Lia depan murid-murid sekolah Ibu tahu tak?”
Puan Malika mengangguk.

“Ini semua adalah sebuah cerita dalam hidup Lia. Sampai bila-bila Lia akan ingat. Hidup yang tenang tiada pasang surut pun tak best. Rasulullah hidupnya diuji dengan bermacam-macam perkara sejak di dalam kandungan ibunya hinggalah akhir hayat Baginda. Rasulullah S.A.W itu memiliki Mukjizat dan maksum sifatnya. Tapi Baginda pun diuji. Inikan kita manusia biasa. Ingat, jangan pernah berdendam dengan kakak atau sesiapa sahaja. Biar apa yang orang buat dengan kita, terima dengan hati terbuka. Kalau rasa sedih, susah hati dan tidak tenang. Ambil wuduk dan mengadu dengan Allah.”

“Terima kasih Ibu. Kalau ibu tak ada, tak tahu nak mengadu dengan siapa lagi.”
Sssshhhhhh.....!! Puan Malika meletakkan jari-jemarinya di bibir Marlia yang merah itu. “Allah kan ada.........” 

Kedua-dua beranak itu tersenyum dan berpelukan. Setelah mencium tangan ibunya, Marlia meminta izin untuk ke biliknya menyiapkan kerja-kerja sekolah. Tahun ini dia bakal menduduki peperiksaan SPM dan kakaknya Marlisa bakal menduduki STPM. Dia nekad untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan melanjutkan pelajaran ke Ireland untuk jurusan kedoktoran.

Malu aku dengan ibu setelah apa yang terjadi di sekolah. Huhuhu tak tahu macam mana nak berhadapan dengan kawan-kawan kat sekolah esok. Takutnya dengan Kak Ziela; awek #%@!**. Shela, Erin, Nad mesti gelakkan aku sebab kantoi surat cinta.....!! Malasnya nak menghadap diorang esok nih! Tak sekolah boleh tak? Ha, pindah sekolah lah....... settle semua! The end for today ...Good Nite My Diary... Lia ≥muzzil....
Post a Comment