Monday, August 31, 2015

Resdung?








Apa itu RESDUNG?

Resdung atau sinusitis adalah masalah ketidak selesaan di kawasan hidung dan sekitar kawasan berhampiran hidung seperti mata, pipi sehingga ke telinga dan tekak.

Apa SYMPTOM atau tanda-tanda anda diserang Resdung?

  • HIDUNG sering tersumbat, berkahak, gatal, berhingus, berair, sakit dan merah di pangkal hidung, kurang deria bau, kerap bersin terutama waktu pagi dan selesema berpanjangan.
  • MUKA gatal, sakit & merah di pipi, kelihatan bengkak, sakit bahagian kening, sakit kepala dan jerawat terutama jerawat batu.
  • MATA gatal, bengkak, merah dan berair.
  • BADAN sering keletihan, lelah, rasa kurang sihat, batuk kronik, banyak kahak, ruam di belakang badan dan kuku hitam.
  • KEPALA sakit, rambut gugur, kebotakan dan berkelemumur.
  • MULUT nafas berbau, sakit gigi.

Antara penyakit lain yang berbahaya yang dikaitkan dengan masalah resdung adalah ketumbuhan dalam hidung seperti "nasal polyps" dan kanser.
 
Sekiranya resdung yang semakin teruk tidak dirawat dengan segera, radang pada ruang udara ini akan merebak ke bahagian-bahagian lain seperti ke bahagian mata yang boleh menyebabkan kelopak mata menjadi bengkak dan sakit, pandangan kabur dan buta.

Jika ia merebak ke bahagian tekak berhampiran selaput otak, kemungkinan besar penyakit meningitis akan terjadi dan boleh menyebabkan otak bernanah (intracnial abscess) apabila ia merebak ke bahagian otak.

Kenapa RESDUNG?

Masalah resdung sebenarnya ada pada hampir setiap orang Cuma tahap keseriusannya berbeza. Selalunya ia terjadi kerana:
  •  Image result for resdung
  • Alahan samada kepada persekitaran seperti habuk, debu, debunga, bijirin, tumbuh-tumbuhan, bulu binatang, asap, udara tercemar, makanan, minuman, ubat-ubatan, dan keadaan tertentu seperti suhu sejuk.
  • Hipersensitif atau kurang daya tahan badan menyebabkan spora fungus dapat membiak hingga terjadi resdung.
  • Ostium (lubang kecil dalam rongga hidung) tersumbat menyebabkan hingus berkumpul dan mengundang kehadiran kuman hingga terjadi resdung.
  • Jangktan kuman pada rongga hidung akibat selsema, demam, alahan (allergi), dan sistem pertahanan badan yang lemah.
  • Struktur hidung yang tidak normal akibat kemalangan dan sebagainya (seperti struktur hidung senget ("deviated nasal septum").
  • Jangkitan kuman akibat kerosakan gusi bahagian atas yang merebak ke rongga sinus.
  • Selalu menyelam di air kotor serta tercemar.

Macam mana nak atasi atau mengelak dari Resdung?

Setakat ini masih tiada ubat untuk menyembuhkan sepenuhnya penyakit resdung. Namun begitu terdapat beberapa rawatan untuk mengurangkannya seperti:

 
  • Jaga Pemakanan
    Kenal pasti dan elakkan makanan yang tidak sesuai dengan anda yang mungkin penyebab kepada resdung.
    Elakkan / kurangkan memakan sotong, ketam, ayam, udang, belacan, cencaluk, budu dan sebagainya menurut sensitivity setiap individu.
  • Jaga Kebersihan Sekeliling
    Hindari habuk dan puncanya, seperti karpet.
    Pakai penutup hidup jika terdedah kepada keadaan yang kotor dan berhabuk.
  • Rawatan Moden
    Beberapa kaedah rawatan moden boleh dicuba seperti ubat anti-biotik secara oral, anti-biotik secara nebulised (semburan), terapi IV, ubat-ubatan lain di farmasi, berbagai ubtan herba, pencuci bahagian hidung serta surgeri di bahagian hidung.
  • Penggunaan Produk & Rawatan Tradisional
    Amalan tradisi semenjak dahulu telah mengenalpasti beberapa jenis herba yang dapat membantu mengatasi atau mengurangi masalah resdung seperti Akar Mengkunyit, Stong Otak, Halban, Pinang, Kayu Manis dan sebagainya.
    Ambil produk yang terjamin selamat dan telah didaftarkan dengan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.
 Klik di post berikutnya dan saya kongsikan dua produk yang saya jamin memberi kesan yang semulajadi...

No comments: