Friday, August 14, 2015

PULUT MANGGA HABAK HANG......

Jom... Jom... Jom... 
Kita pakat-pakat jamu mata...
Pakat jamu tekak kita dengan...
Makanan all time favourite saya....
Ta daaaaaaa.........


Pulut Mangga On The Blog...







Image result for resipi pulut mangga thailand  Image result for resipi pulut mangga thailand   Image result for resipi pulut mangga thailand   Image result for resipi pulut mangga thailand   Image result for resipi pulut mangga thailand   Image result for resipi pulut mangga thailand


 Jom saya kongsi resipi yang tak rugi cuba nih.... jom pakat-pakat jamu selera time musim mangga mai.. tengok gambar pun dah telan air liur... apa kes...??? 
kredit to: empunya resipi


LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN PULUT MANGGA

  • Penyediaan pulut
  • Penyediaan santan yang akan dicampurkan ke dalam pulut
  • Penyediaan santan untuk makan bersama pulut yang sudah dikukus
  • Penyediaan buah manga

** Santan yang akan dicampurkan ke dalam pulut perlu dilakukan sebaik sahaja pulut masak.

Sekiranya susah untuk melakukan kedua-dua penyediaan ini serentak ( masak pulut dan santan serentak), boleh buat penyediaan santan dahulu.

 BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK PULUT MANGGA

300 gm beras pulut siam
2 ½ cawan santan
3 sudu gula
½ sudu garam atau secukup rasa
1 sudu tepung beras
½ sudu tepung jagung

Sedikit air untuk melarutkan tepung
Buah mangga yang telah dipotong mengikut kreativiti sendiri.

1)CARA PENYEDIAAN SANTAN UNTUK DIGAUL BERSAMA PULUT MANGGA


Masukkan santan ke dalam periuk

Masukkan garam dan gula secukup rasa

Masak santan dengan api yang perlahan sehingga masak

( Apabila banyak wap dah terbebas di udara menunjukkan santan telah masak. Pastikan santan tidak pecah minyak)
Tuangkan santan 1 cawan dan ketepikan. Lebihan santan ikut cara penyediaan 2) di bawah.

**Anda boleh kurang atau tambahkan santan sekiranya dirasakan perlu.

2)CARA PENYEDIAAN SANTAN UNTUK DIMAKAN BERSAMA PULUT MANGGA


Biarkan lebihan santan di dalam periuk.

Larutkan tepung bersama sedikit air di dalam mangkuk kecil

Kemudian masukkan bancuhan ini ke dalam lebihan santan tadi.

Buka api dan kacau kesemua bahan ini perlahan-lahan sehingga benar-benar sebati dan pekat

Tutup api dan siap untuk dihidangkan bersama pulut nanti.

**Sekiranya santan anda terlalu pekat setelah dimasukkan tepung, boleh tambahkan 
sedikit air.

** Cara lain, anda boleh TIDAK MENGGUNAKAN tepung . Gantikan dengan susu pekat atau susu cair. Caranya masukkan sedikit susu pekat secukup rasa ke dalam lebihan santan tadi. Kacau perlahan sehingga susu dan santan sebati dan pekat. Siap untuk dimakan bersama pulut nanti.

3) CARA PENYEDIAAN PULUT MANGGA

pulut mangga yang di kukus
pulut mangga yang di kukus

Basuh pulut dan rendam semalaman ( kalau nak cepat boleh juga direndam dalam 2-3 jam-ikut jenis pulut)

Kemudian basuh pulut sehingga bersih dan masukkan ke dalam periuk pengukus

Kukus pulut selama 30 minit.

Keluarkan pulut tadi dan masukkan santan yang disimpan dan gaul sebati.

Masukkan kembali pulut yang telah digaul sebati  ini ke dalam pengukus selama 30 minit atau sehingga pulut benar-benar masak.

Keluarkan dan siap..

***Sekiranya anda menggunakan pulut biasa, anda boleh kukus selama 1 jam. Setelah dikeluarkan, gaul bersama santan sehingga sebati.Biar sebentar dan siap.
Selamat mencuba.. 
:)

No comments: