Monday, November 19, 2012

Starting 1st December for my lil Nur 'Ain 'Aleesya


Kelas Renang Bayi

Salam kepada pembaca blog semua.  Bermula selepas hari raya yg akan datang ini, pihak ezi2swim akan membuka kelas renang khas untuk bayi atau baby. Kategori umur baby yang diambil adalah bermula dari umur 1 1/2 tahun ke 4 tahun.  Ada 2 pakej yang akan disediakan. Pakej pertama adalah katergori one to one. Bermakna 1 baby 1 instructor. Pakej ke 2 pula adalah pakej yang dikendalikan bersama-sama ibu atau bapa. Bermakna ibu atau bapa akan turut serta bersama-sama instructor mengendalikan kelas ini. Instructor akan mengajar baby dan juga mengajar ibubapa bagaimana mengendalikan kelas ini. Dengan cara ini  di akhir kelas, ibubapa sendiri sudah boleh melatih baby mereka secara bersendirian. (mengambil alih tugas)
Untuk pakej 2 ini, pelajar akan belajar dalam kumpulan. Had maksimum adalah pelajar seramai 3 orang.   Durasi kelas adalah selama 8 kelas. Setiap kelas akan mengambil masa hanya selama 45 minit. Ha! Ada syarat ya untuk kelas baby ini. Kami hanya menerima parent yang betul-betul komited sahaja. Komited dari segi masa dan hari yang telah ditetapkan. (baby memerlukan waktu pembelajaran yang singkat tetapi berterusan)
Yuran kelas adalah mengikut pakej. Pakej 1 yuran adalah RM80 untuk setiap kelas sementara yuran pakej ke 2 adalah RM60. Yuran akan diambil secara sekali gus / lump sum. Ini bagi memastikan parent hadir pada setiap kelas yang telah ditetapkan. Kepada yang berminat untuk menghantar baby atau bayi mereka, boleh menghantar nama secara sms ke no. kami di 017-2960238. Nyatakan nama, nama dan umur baby.
Kelas akan dikendalikan di kolam sekitar Putrajaya..

No comments: