Thursday, November 8, 2012

HARIMAU MALAYA meNGAUUUUMMMMM!!!


 

 Kita perlu kuat seperti penyokong-penyokong STATE. Walau apapun terjadi jatuh bangun sesebuah STATE TEAM; anak jati state dan penyokong terus menyokong. So di peringkat NATIONAL TEAM, terus lah menyokong walau apa sekalipun. Boleh condemn itu ini kerana kita diberi ruang untuk berfikir dan melontarkan hujah pendapat TAPI Coach mengetahui dan di ATAS itu LEBIH LAGI MENGETAHUI. Tak kira strategi yang macam mana diatur, kalau salah percaturan memang SALAH lah.... 

Go... Go... Go... !!! Bangun2 Bangun Harimau Bangun; Seteru sudah datang... Bangun2!!!

 


Di bawah mentari ataupun purnama malam
Teruskan menerkam walau lampu limpah padam
Dalam hujan ribut walau cedera dan luka
Teruskan menghayun walau dua mata buta


Bangun
Bangun
Bangun harimau bangun
Jangan tidur lagi
Seteru sudah datang

Bangun (bangun)
Bangun (bangun)
Bangun harimau bangun (bangun)
Padang keramat ini
Jangan digadaikan


Sfera pun berpusing, musim demi musim
Di padang bertuah ini ku masih bermukim
Bumi yang ku huni ini baktinya teramat
Sakti dan keramat, ku pastikan selamat


Di sinilah duniaku tempat berhabitat
Tempat terbentuknya peribadi juga sifat
Hubungan diikat, minat ligat dipergiat
Tempat belajar memikat dan tendangan lipat


Harimau sekawan aku chill tidak porak
Pemain, penyokong tak lupa pasukan sorak
Kita mungkin tiada darjat, tapi banyak bakat
Budak flat juga mampu tuk berjasa pada rakyat


Jadi harimau sekalian, bulatan, perhatian
Kapitan bisikkan titipan unit perisikan
Asah kuku taring kerna sikit lepas isyak
Musuh mahu datang rompak bumi yang dipijak
(bangun harimau bangun)


Bangun
Bangun
Bangun harimau bangun
Jangan tidur lagi
Seteru sudah datang

Bangun (bangun)
Bangun (bangun)
Bangun harimau bangun (bangun)
Padang keramat ini
Jangan digadaikan


Rombongan mereka besar lengkap bomoh pawang
Datang tuk mencemar rumput dan meroboh gawang
Lagak bersahaja, berjenaka dan ketawa
Seolah-olah harimau malaya tidak bahaya


Ini padang kami tiada siapa boleh ambik
Yang mencabar sedia tuk dicakar dan dicarik
Susun yang terbaik, sebelas, mulakan randik
Siapa menang dabik, kalah tabik, balik, tiada timbal balik


Di bawah mentari ataupun purnama malam
Teruskan menerkam walau lampu limpah padam
Dalam hujan ribut, walau cedera dan luka
Kita tetap kan menghayun walau dua mata buta


Tiada wang bertaruh, bertarungnya demi maruah
Demi aspirasi warga tanah tumpah darah
Jangan ingkar titah raja, bangkit dari dengkur
Dari mati dalam tidur baik dalam tempur
(bangun harimau bangun)


Bangun
Bangun
Bangun harimau bangun
Jangan tidur lagi
Seteru sudah datang

Bangun (bangun)
Bangun (bangun)
Bangun harimau bangun (bangun)
Padang keramat ini
Jangan digadaikan


Yang di hadapan pastikan terus maju
Yang di belakang pastikan terus kukuh
Mereka datang macam tamu, kita jamu
Mereka datang macam musuh kita


Bangun (bangun)
Bangun (bangun)
Bangun harimau bangun (bangun)
Jangan tidur lagi
Seteru sudah datang
Bangun (bangun)
Bangun (bangun)
Bangun harimau bangun (bangun)
Padang keramat ini
Jangan digadaikan


Di bawah mentari ataupun purnama malam
Teruskan menerkam walau lampu limpah padam
Dalam hujan ribut, walau cedera dan luka
Teruskan menghayun walau dua mata buta


Bangun (bangun)
Bangun (bangun)
Bangun harimau bangun (bangun)
Padang keramat ini
Jangan digadaikan



HARIMAU MALAYA oh HARIMAU MALAYA di manakah taring mu?

No comments: