Friday, June 19, 2015

Siapa Sahaja Berhak Terima Ucapan TERIMA KASIH

Assalammualaikum kepada pembaca blog saya...

(ada yang follow ker? hehehhe) 

Dah lama sebenarnya saya tak jengah BLOG saya ni... sejak-sejak balik dari kursus di IKWAS dan sejak-sejak posting ke Sarawak ni kan... memang SIBUK. Hari ni pun sebab saya cuti rehat so bolehlah tempek sharing baru kan. Saya saja nak kongsikan emel dari saya kepada seorang staf saya iaitu ROZANAWATI ABDUL RAZAK yang dah tukar Seksyen.. memanglah bukan tukar Jabatan tapi siapa sahaja di bawah seliaan saya sekejap atau pun lama.... bagi saya mereka adalah CIKGU. So saya kongsikan penghargaan saya ini dalam Blog saya...

 
 
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera; Salam Ramadhan Al-Mubarak

Di kesempatan ini saya selaku Ketua Seksyen Pendaftaran Kontraktor di Perbendaharaan Malaysia Sarawak ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah atas pertukaran tuan ke Seksyen Pemantauan dan ucapan terima kasih di atas perkhidmatan cemerlang yang telah tuan sumbangkan selama ini. Walau pun tidak lama tuan di  bawah saya iaitu kurang/lebih 1 tahun dan 6 bulan, terima kasih diucapkan. Perkhidmatan yang disumbangkan takkan pernah SPK lupakan. Semoga dengan penukaran ini, tuan akan bertambah lebih cemerlang dan SUKSES. Ingatlah walau di mana kita berada; kita tetap 1PMS. Harapan saya sebagai Ketua Seksyen kepada sesiapa sahaja yang melangkah keluar dari SPK; Bawalah yang manis-manis; Sebarkanlah yang manis-manis; Simpan erat cerita yang tak manis; kunci ketat erat di hati wajah kami warga SPK yang manis-manis. Mohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa dan tingkah laku yang mengguris hati tuan tanpa SPK sedari. 

KISAH HATI....

Cerita yang manis mahu dikongsi....
Mahu dipalu makhluk berhati

TAPI

Pabila diri dilanda sepi,
Mendung sepanjang hari
Mahupun pahit di malam hari
Kenapa dipendam seorang diri.

Kelak pasti merantai diri...
Menjerut jiwa nan lara di hati...
Diri meruntun minta difahami
Namun tak siapa sudi berkongsi

Tapi bagaimana

Mereka bisa mengerti
Jika lara dibiar sepi
Tanpa bicara mahu dikongsi
Kisah hati menyepi sendiri

Sekian, terima kasih.

"Sentiasa Mesra, Teliti dan Cepat"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

     ----t.t----
(Effieza Binti Mohd Shariff)
Jalan Simpang Tiga
93592 Kuching
SARAWAK
No.tel: 082-421
No.fax: 082-421
E-mail:
♣Save a tree...please do not print this e-mail unless absolutely necessary.
Post a Comment