Wednesday, September 19, 2012

BILA SI KECIL MERAGAM

SELESAI MEMBACA SEBUAH BUKU BERTAJUK "BEGINI SAYANG" KARYA MOHD HISHAM MOHD SHARIF & HASIFAH ZAINUDDIN, TERGERAK UNTUK SAYA KONGSIKAN BEBERAPA MUTIARA KATA/PANDUAN KEPADA IBU BAPA DALAM MEMAHAMI PSIKOLOGI KANAK KANAK TERUTAMA DI BAWAH UMUR 5 TAHUN.... BUKU INI SAYA PINJAM DARI PERPUSTAKAAN PERBENDAHARAAN, PRESINT 2 PUTRAJAYA.

Apabila anak-anak meragam, sebenarnya mereka inginkan perhatian daripada ibu bapa. Itulah pengorbanan yang kita harus lakukan sebagai ibu bapa.
Dalam peringkat usia satu hingga enam tahun, jangan mengharapkan anak-anak  memahami kesibukan dan kecelaruan yang kita alami di pejabat namun kita boleh beritahu mereka (sekadar bercerita sekali lalu). Ketika kita pulang, mereka mengharapkan perhatian dan jika kita tidak memberikannya, anak-anak akan mula meragam bagi menagihnya akan perhatian. Sebagai ibu bapa kita harus sedaya upaya menggunakan segala kebijaksanaan bagi memeberikan mereka perhatian yang sewajarnya.
Elakkan juga daripada memarahi anak-anak dengan bahasa yang kasar, apatah lagi memukul mereka. Perbuatan seperti ini akan hanya memberikan mesej yang salah dan akan menyebabkan mereka akan bertambah jauh daripada ibu bapa. Jika perlu menghukum mereka sekalipun, gunakanlah kaedah menahan keseronokan, seperti tidak mengizinkan menonton tv rancangan kegemaran mereka. Pada masa yang sama, terangkanlah kepada mereka mengapa mereka dihukum, agar anak-anak faham dan tidak akan mengulanginya lagi.
Ajarlah mereka untuk minta maaf daripada ibu bapa apabila mereka berbuat suatu kesalahan dan jika kita berbuat salah pada mereka, jangan pula kita malu untuk meminta maaf daripada mereka.

sekadar hiasan : anak-anak meragam untuk dapatkan perhatian ibu dan bapa..

Anak anak amat memerlukan kasih sayang daripada kedua ibu dan bapa mereka. Kekurangan kasih dan sayang akan menyebabkan jiwa mereka memberontak dan melakukan perkara-perkara yang kurang baik senangkata dan difahami nakal, naughty, tidak mendengar kata dan seumpamanya.... rasulullah amat cintakan kanak-kanak dan tidak pernah segan menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak kecil. Ikuti dan contohilah teladan Rasulullah S.A.W dalam mengasihi anak-anak kecil keranan dalam sebuah hadis, Baginda meriwayatkan bahawa tidak akan dikasihi mereka yang tidak mengasihi......
Post a Comment