Friday, April 26, 2013

TERKINI : TIMBALAN KETUA PENGARAH KASTAM MAUT DITEMBAK

Al-Fatihah... daripada Dia kita datang; kepada Dia kita kembali...

Aku kongsikan dengan semua berita terKINI dan terGEMPAR ini... actually aku dah post sebelum ini. sekali post terus melonjak rating readers ke 67 dalam masa beberapa minit mengakibatkan post sebelum ini hang...!!


Datuk Shaharuddin Ibrahim (tengah) ketika mengadakan lawatan ke Bukit Kayu Hitam, Januari lalu. - Foto Kastam Kedah
 




Datuk Shaharuddin Ibrahim




Datuk Shaharuddin Ibrahim (kanan) ketika mengadakan lawatan ke Bukit Kayu Hitam, Januari lalu. - Foto Kastam Kedah

 
KETUA Jabatan Siasatan Jenayah IPKKL, Datuk Ku Chin Wah (dua dari kiri) semasa meninjau tempat kejadian kes tembak di Persimpangan Lebuh Wawasan, Putrajaya. - Foto NSTP/Ahmad Irham Mohd Noor 


BERITA PENUH

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, maut ditembak ketika dalam perjalanan pejabatnya di Putrajaya, jam 8.15 pagi ini.

Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das dari jarak oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, di sini. 
Kejadian berlaku ketika kereta mangsa bersama pemandunya berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan, apabila dua lelaki menaiki sebuah motosikal tiba-tiba muncul dari belakang dan melepaskan tembakan ke arah mangsa. 
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpuur, Datuk Ku Chin Wah, berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi ini.

Katanya, ketika kejadian, mangsa dan bersama pemandunya dalam perjalanan dari rumah mangsa di Dengkil ke pejabat beliau di Putrajaya.

“Mangsa dipercayai ditembak tiga das di leher dan kepala,” katanya ketika di sini, hari ini.
 
Post a Comment