Wednesday, March 27, 2013



Tinta Kasih Buat Mama Di Hari Ibu 2013

Mama,
Telah 14 tahun lamanya kau tinggalkan aku
Lelah dan sunyi tanpa mu Mama
Ya,
Memang benar kata mereka aku anak kesayangan papa
Aku jantung hati papa

Tapi itu dulu…
Kini aku bukan lagi seperti yang diperkatakan..
Namun aku tahu bahawa
Aku akan sentiasa menjadi little girl of mama..

Kini kerana sebuah tragedi
Aku umpama black sheep of our family
Aku pasrah & aku redha
Mereka menjauhi dan mencemuh aku hanya kerana
Mulut seseorang
Dan kerana seseorang itu juga aku menjauhi keluarga
Mendekatkan diri dengan Yang Maha Pencipta
Mencari sebuah kekuatan

Aku sering menitiskan air mata di kala membaca al-quran
Jiwa aku mudah tersentuh terlalu terusik dengan apa yang berlaku
Anak-anak penguat hidupku

Dan kini aku tahu
Mama pernah melalui saat saat begini
Yang kini aku lalui
Dan kini aku tahu betapa anak-anak adalah pelengkap kasih seorang ibu

Mama,
Jauh sekali perbezaan kita
Kau begitu tabah dan kuat jiwamu melalui segala keperitan hidup
Di dunia ini berjauhan dengan papa suatu ketika dulu
Membesarkan anak-anak

Tapi aku,
Kadang kala kalah dengan ujian jiwa ini..
Kadang kala kalah dengan karenah anak-anak..
Lantas,
Aku Menjadi seorang Mummy yang pemarah!

Namun Mama,
Jauh sekali untuk aku melihat api kemarahan mu
Melainkan bebelan yang keluar dari mulutmu, meleteri kami anak-anak mu
Dan kini betapa aku sedar bebelan itu perlu..

Mama,
Andai kau masih ada saat ini
Pasti kau menjadi tempat rujuk ku
Mencari panduan arah dalam melayari bahtera hidup berkeluarga
Mencari dan mempelajari ilmu keibubapaan..

Tapi mama,
Telah 14 tahun kau pergi..
Aku mohon kepada Yang Maha Esa agar kau ditempatkan di kalangan mereka yang mendapat rahmat-Nya selalu… in sya Allah.
Post a Comment