Thursday, October 18, 2012

Automated Enforcement System (AES)


 iconAES

AES. Apa pendapat korang tentang AES yang telah diperkenalkan ke dalam sistem trafik jalan raya di Malaysia? Pernah korang disaman gara2 had laju yang melampau? kikikiki kalau aku, belum terima lagi la....

TAPI mana tahu kalau ada yang menyusul selepas ini... Pada pendapat aku la... pengaktifan AES di Malaysia ni sedikit sebanyak telah memberi AMARAN BERKESAN kepada setiap pengguna jalan raya terutama dalam mengawal had laju.

Di Putrajaya sahaja yang kawasan tidaklah begitu sibuk dan boleh dikategorikan sebagai tidak kritikal ini pun ada AES di pasang di kawasan2 hot spot.... weeehuuuu rasa macam aku ada jer tersangkut kat gambar/camera AES tu... dalam mode TUNGGGUUUUU......!!

kat sini aku kongsikan beberapa cerita yang kita sebagai pengguna jalan raya perlu tahu tentang AES ni... Aku copy kat web site JPJ.
 
Pelaksanaan AES akan dilakukan secara berperingkat, untuk fasa pertama, kamera AES telah dipasang di 14 lokasi blackspot yang merupakan lokasi yang sering berlaku kemalangan maut di negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Berikut adalah senarai lokasi pemasangan kamera AES tersebut.

Berikut adalah senarai 831 lokasi pemasangan kamera AES. Lokasi-lokasi tersebut akan dikemaskini dari masa ke semasa dan masih tertakluk kepada kriteria pemilihan sebagai kawasan blackspot.  

Korang klik kat 831 tu... boleh tahu kawasan AES - Had Laju dan Kawasan AES - Lampu Isyarat... so berhati2 di jalan raya jgn lupa patuhi had laju dan patuhi lampu isyarat yerr... jangan langgar tiang lampu isyarat dan jangan masuk dalam kotak kuning tuuu.... 

kalau duit2 berkoyan2 rasa nak membazir tanpa hala tuju langgarlah had laju dan lampu isyarat.... (tak lupa mengingatkan diri aku juga!!!) Kui kui kui....

No comments: