Monday, May 14, 2012

Raya nak balik mana yer? Rumah Mertua atau Rumah Mak Kita?


kasih-sayang-ibu

(Agama) Taat Suami..Taat Ibu..

| 20/10/2009 | 

Sebuah kisah pengajaran yang diceritakan oleh seorang rakan online kita. Cerita berkisar tentang ketaatan yang sebenarnya menurut Islam. Ikuti kisah ini:

Setiap kali menjelang Ramadhan tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun. Di antara tazkirah ibu yang amat saya ingat ialah ketika bulan puasa selepas bersahur sementara menunggu waktu Solat Subuh ibu akan memanggil kami semua 
(3 orang anak perempuannya – ibu mempunyai 4orang anak perempuan seorang dah berumahtangga dan dua orang anak lelaki) dan akan bercerita tentang kebesaran Allah dan hukum hakam dalam Islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami walaupun ketika tu saya masih lagi bersekolah menengah rendah dan ayah pula meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan.


Ibu: Apa yang nak ibu cakap ni….dengar baik-baik lebih-lebih lagi pada Ateh (anak no.3) dan Acik (anak no.5). Ateh akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Apabila hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampung siapa pada hari raya pertama. Betul tak?


Ateh & Acik: Betul, mestilah rumah ibu dulu..


Ibu: Dengar dulu, contohnya jika rumah kamu di Tanjong Malim, rumah ibu di Cheras dan rumah mentua kamu di Johor, rumah siapakah yang akan kamu tuju dulu?


Ateh & Acik : Rumah ibulah sebab dekat


Ibu: Tidak, ibu tidak izinkan kamu balik ke sini. Baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami kamu izinkan barulah balik ke rumah ibu. Ibu tak kisah hari raya yang keberapa sekalipun.


Ateh: Mengangguk..(tanda faham… dia ni banyak ikut perwatakan ibu: penyabar, bertolak ansur dan mahir dalam menjahit, sulam menyulam, memasak dan juga pandai mengurut….diantara kami adik-beradik dialah yang paling dalam pengetahuannya dalam Islam seperti ibu juga).


Acik: Mana boleh macam tu tak aci lah, kena gilir-gilirlah baru adil. (dia ni memang kaki bangkang pun…..outspoken skit kalau dia tak puas hati)


Ibu: Ingatlah…….jika anak-anak perempuan tu sayangkan ibu bapanya dan inginkan kebahagian ibu bapa nya di akhirat nanti…taatlah pada suami dan mentua


Acik : Macam kaum h****lak. Dah kahwin tak boleh gi rumah emakbapak.


Ibu: Bukan macam tu……Islam tu indah..setiap anak-anak perempuan yang taat pada suami di samping mentua mereka, ibubapanya akan mendapat pahala di atas ketaatannya itu….. dan seperkara lagi…..untuk menjaga suami tidak sesusah mana… hanya dua perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu mengikut ISLAM……JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA. InsyaALlah dia tak akan ke mana…..kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada kamu juga. Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah payah macam kaum lelaki di luar rumah mencari pahala.


Ditakdirkan ALlah Ateh bernikah dengan abang ipar yang yatim piatu……jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak masih mempunyai ibubapa mentua . Hampir setiap tahun pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik di Kedah).


Dengan takdir ALlah ketika saya berada di tingkatan 6 rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba di rumah ibu. Ibu terkejut tapi saya rasa……terkejut campur gembira agaknya ibu pada masa itu. Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual dengan abang ipar…


Ibu : Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?


Abang ipar : Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke Melaka (dia ni memang malu sakan dgn ibu).


Ibu : Adakah ini desakan dari isteri kamu?


Abang ipar : Tidak bu…….saya izinkan keluarga saya beraya di sini.


Ibu : Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?


Abang ipar : Mereka tiada halangan.. (dalam hati saya rasa terkilan apalah ibu ni biarkan jerlah Acik nak beraya di sini)


Ibu : Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu. (abang ipar bangun dan mendial no. talipon kampungnya dan menyerahkan ganggang talipon pada ibu….lama gak ibu bergayut dengan besannya).


Emak kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu di sini.(sambil menitis airmata) Terima kasih kerana membawa anak dan cucu-cucu ibu ke sini. Apabila habis bulan Syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja tinggal di rumah. Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu dan masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga kerana dapat membimbing anak-anak perempuannya kearah Islam tapi ibu amat kecewa dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu dicucuk hidung menjadi pak turut kepada isteri mereka.Bayangkanlah menantu perempuan ibu yang sulung tidak pernah bermalam di rumah ibu apatah lagi lepas makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong kerja-kerja rumah yang lain…(tak boleh cerita panjang dah masuk bab mengumpat.)


Semasa saya di tingkat 6 atas ibu kembali ke rahmatullah membawa seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya. Alhamdulillah apabila saya mendirikan rumahtangga……masalah pulang beraya tak mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis cuti kami sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya. Saya juga salah seorang menantu yang disenangi. Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri……sempurnakah sudah aku sebagai seorang menantu? Sempurnakah aku sebagai seorang isteri yang solehah?……….berjayakah aku menjadi ibu sepertimana ibu ku dulu? Ya ALlah,.berilah aku petunjuk dan pimpinlah aku ke jalan yang engkau redhai…..Amin!


Moral: Jangan gaduh pasal balik raya la, pakat baik2. Buat anak lelaki, tanggungjawab kat ibu sampai salah seorang (anak tu atau ibu) menemui ajalnya. Buat para isteri, jangan sampai jadikan suami anak derhaka…
Post a Comment