Friday, May 4, 2012

Psikologi Kanak-kanak Siri - 2 : Bijak Menolak

Bijak menolak permintaan anak

Salah satu masalah yang kerap dihadapi ibu bapa adalah tidak tahu bagaimana hendak menolak permintaan anak tanpa berkata tidak. Apatah lagi jika mempunyai anak yang suka mengamuk atau buat perangai di tengah khalayak apabila ke�inginan mereka tidak dipenuhi.

Ada kajian menunjukkan secara purata kanak-kanak mendengar perkataan ‘tidak’, ‘jangan’ atau ‘tidak boleh’ hampir 400 kali sehari. Benarkah?
Cuba kira dalam sehari berapa kali anda sebut perkataan ini kepada anak-anak terutama pada hujung minggu di mana anda menghabiskan sepanjang hari bersama mereka. Malah, pakar Barat juga berpendapat terlalu kerap berkata ‘tidak’, ‘jangan’ dan ‘tidak boleh’ menyebabkan anak-anak lali dan larangan menjadi kurang berkesan.

Menurut Selina, ada ibu bapa menggunakan pendekatan psikologi bertentangan yang dianggap baik. Ini kerana biasanya ibu bapa akan menyuruh anak berbuat sesuatu sambil menerangkan bahaya yang mung�kin dihadapi dan tidak mahu bertanggungjawab jika berlaku kecederaan.

Kaedah ini biasanya boleh membuatkan anak berfikir dan sedar mengapa ibu bapa melarang mereka melakukan satu-satu perkara.

“Ibu bapa kena terangkan kepada anak mengapa permintaan mereka tidak dapat dipenuhi. Mungkin permintaan itu keterlaluan, di luar kemampuan ibu bapa atau boleh membawa kemudaratan. Namun jangan �asyik berkata ‘tidak’, sesekali kena kata ‘ya’ kepada anak-anak. Kanak-kanak sekarang cerdik, jika asyik berkata ‘tidak boleh’ mereka akan mempersoalkan tindakan kita.

“Dalam hal ini ibu bapa boleh berikan jawapan ‘ya’ dengan bersyarat. Contohnya mereka boleh makan aiskrim, tetapi selepas makan nasi atau bermain basikal di luar dengan syarat me�nyiapkan kerja sekolah terlebih dulu. Ibu bapa boleh bersetuju membelikan apa yang anak mahu (mengikut kemampuan dan kepentingannya) dengan syarat dia berjaya menunjukkan peningkatan dalam pelajaran,” katanya.
Selain itu ada kaedah lain untuk menolak permintaan anak dengan:

Terangkan keadaan sebenar dan perasaan anda. Contohnya apabila anak menghempas barang permainannya apabila marah, katakan anda sedih dan tidak suka melihat kelakuannya. Kata-kata anda sedikit sebanyak akan masuk ke dalam hati dan fikirannya. Ia menunjukkan kelakuan mereka itu sebenarnya akan turut mempengaruhi atau memberi kesan kepada orang lain.

Beri mereka pilihan. Contoh�nya apabila anak bermain bola di dalam rumah, anda boleh memberi pilihan sama ada bermain di dalam tetapi bola hanya boleh dileretkan di atas lantai atau bermain di luar dan boleh menyepak bola sepuas hati. Dengan memberi pilihan, anda secara tidak langsung membuatkan anak berasa dia ada ‘kuasa’ untuk membuat keputusan - yang secara tidak langsung menggalakkannya berfikir.

Beri peluang anak melakukan apa yang diingini de�ngan cara yang lain. Contohnya jika dia suka dengan bayi atau kanak-kanak yang lebih kecil, cadangkan supaya dia mencium bayi berkenaan dengan lembut (asalkan anak anda atau bayi itu tidak demam atau selesema bagi mengelakkan jangkitan) atau memegang tangannya dengan lemah lembut.

Sesetengah kanak-kanak suka dengan haiwan peliharaan seperti kucing tidak tahu bagaimana hendak membelai�nya. Biasanya kanak-kanak akan menepuk-nepuk badan kucing dengan kuat tetapi beritahu supaya mereka berlemah lembut dan menunjukkan cara untuk mengusap haiwan terbabit supaya ia tidak melenting atau mencakar anak anda.

Minta kerjasama pasa�ngan untuk terbabit sama dalam mengambil keputusan. Anak-anak akan lebih mudah menerima keputusan yang dicapai hasil perbincangan ibu dan ayah.

Berusaha menjadi ‘kawan’ kepada anak sendiri dengan mengikuti perkembangan mereka. Melalui cara ini anda lebih mudah untuk menolak permintaan mereka. Pun begitu, jika berkemampuan apa salahnya cuba memenuhi keinginan anak-anak selagi ia tidak keterlaluan, kata Sheila Majid.

“Saya masih ingat anak lelaki minta dibelikan album Limp Bizkit yang terbaru. Oleh kerana tergesa-gesa, saya tidak dengar perkataan album dan apabila sampai ke pasar raya saya terus ke rak biskut. Tidak jumpa jenama yang dia mahu, saya menghubungi untuk pengesahan. Dia berkata “Mama, Limp Bizkit yang saya mahu ialah CD (cakera padat) lagu bukan biskut!”


Kah..kah..kah... 
Post a Comment