Monday, May 14, 2012

Perkara yg Ibu Bapa Perlu Lakukan kpd Anak Perempuan pd Usia Enam Tahun & sebelumnya

Ustaz Munir al-Ghadbaan memiliki suatu catatan yang baik dan bermanfaat bagi setiap ibu bapa yang sedang mendidik anak perempuan yang mula memasuki fasa usia ini. Beliau berkata Hubaib, hamba sahaya Urwah bin Zubair melaporkan Nabi Muhammad sedih apabila Khadijah meninggal dunia.

Oleh sebab itu Allah mengutus malaikat Jibrail menemui Nabi sambil membawa Aisyah yang masih berada dalam buaian. Jibrail berkata kepada Nabi Muhammad, "Wahai Rasulullah, bayi perempuan ini dapat menghilangkan sebahagian kesediahanmu. Dia dapat menjadi pengganti Khadijah."


Nabi pernah menceritakan hal itu kepada Aisyah seperti yang Aisyah ceritakan sendiri. Aisyah berkata, Nabi berkata kepadanya, "Aku bermimpi melihatmu dua kali. Dalam mimpi pertama, aku melihatmu tertutup dengan kain sutera. Aku mendengar suara memerintahkan aku membukanya. Apabila aku membuka kain itu, aku melihatmu. Aku terdengar satu suara berkata, "Ini adalah bakal isterimu". Aku pun berkata, "Sekiranya hal ini adalah ketentuan Allah, aku menerimanya".

(Hadis Laporan Bukhari)

Akhirnya Allah melaksanakan itu dan Nabi menikahi Aisyah. Sebelum Nabi menikahi Aisyah, beliau memberikan perhatian dan penjagaan khusus kepada Aisyah yang masih kecil.

Daripada kisah Nabi dan Aisyah itu, kita dapat menyimpulkan pengajaran-pengajaran berikut yang wajar dijadikan panduan oleh ibu bapa dan penjaga:

  • Ibu bapa perlu memperhatikan dan memahami perasaan anak, apa yang dialaminya serta turut merasakan kesedihan yang dia rasakan;
  • Ibu bapa perlu berusaha menyelesaikan apa sahaja masalah yang dihadapi oleh anak-anak;
  • Nabi tidak menghukum anak perempuan yang masih kecil walaupun dia melakukan kesalahan.
  • Ibu bapa perlu mendahulukan kaedah pendidikan at-targhhib berbanding at-tarhiib iaitu mendahulukan kasih sayang dan kelembutan sewaktu mendidik anak, terutamanya pada anak yang masih kecil.

No comments: