Wednesday, May 2, 2012

Jangan Buka Hijabku - 2


 2


Berderu laju kereta mewah Datuk Zaheed, dipandu sendiri. Hari ini diarahkan Pak Mahat untuk berehat sahaja di rumah. Katanya hari ini hari istimewa buat mereka sekeluarga setelah sepuluh tahun. Bila ditanya oleh pak Mahat, apa yang gembira sehingga khidmatnya tidak diperlukan; Datuk Zaheed hanya tersenyum. Kenderaan mewahnya memasuki Highway Elite menuju KLIA. Datin Queysha juga tidak diajak bersama sebaliknya diminta untuk terus pulang ke rumah membuat persiapan menyambut tetamu istimewa.


"Walid malu dengan apa yang kamu dah lakukan, Emier. Sanggup kamu lakukan perkara terkutuk ini...."
"Dia hanya budak, Emier......" sambung Datin Queysha dalam nada sebuah penyesalan. Menyejuk api kemarahan Datuk Zaheed ketika itu. Namun Emier hanya mampu menunduk di hadapan kedua ibu bapanya. Dia seperti hilang arah. Menyesal juga di atas keterlanjuran itu.
"Maafkan Emier, walid"
“Tak guna kamu minta maaf pada Walid dan Ummi. Esok kita jumpa ibu dan ayah Zaireen_____”
“Emier malu......”
“Setelah apa yang kamu lakukan pada Zaireen. Kenapa tak berfikir sebelum buat sesuatu yang buruk pada dia...?”

Emier Zarief. Ketika itu dia berumur 17 tahun. Usia remajanya mengusai segalanya. Dia keliru. Keliru dengan apa yang dilihat, diketahui dan yang dipercayainya. Seorang diri di rumah dan dimanjakan dengan kemewahan. Anak tunggal. Datuk dan Datin sentiasa sibuk. Tiada masa yang khusus untuknya kecuali rutin ketika cuti sekolah dimanjakan dengan bercuti keluar negara. Di usia 17 tahun, Emier boleh berbangga dengan remaja seusianya kerana telah mengelilingi hampir serata dunia. Namakan sahaja Wonderland dan Theme Park yang ada di dunia ini, semua telah dijejaknya dan hampir berkali-kali. Tapi ada satu yang dicari dan diidaminya tidak pernah dipenuhi; kasih sayang yang sejati. Walaupun ketika di luar negara walid dan umminya ada bersama tetapi mereka tidak pernah lekang dengan business call, business appointment dan juga business client walaupun bercuti. Hanya jasad sahaja menemani Emier ke sana dan ke mari tetapi minda walid dan umminya masih berlegar di sekitar empayar perniagaannya.

Emier adalah Pengerusi kepada Kelab Pembimbing Rakan Sebaya. Dia terpilih kerana kecemerlangannya di dalam bidang akademik dan sukan. Dua tahun berturut-turut dia diamanahkan untuk memikul tanggungjawab itu. Dia juga seorang Ketua Pelajar. Dia digilai oleh ramai pelajar-pelajar perempuan sekolahnya. Bagi pelajar-pelajar junior pula berebut untuk mengambilnya sebagai abang angkat.

Zaireen. Peneman di kala duka. Pendengar yang setia. Zaireen diambil sebagai adik angkatnya beberapa bulan selepas minggu orientasi pelajar baru. Berumur 15 tahun. 

Zaireen berlatar belakangkan keluarga yang sederhana dan mempunyai masalah kesan daripada penceraian kedua ibu bapanya. Zaireen mendapat perhatian khusus daripada pihak sekolah ekoran cubaan membunuh diri di sekolah lamanya. Pihak sekolah kemudiannya telah merujuk kes tersebut kepada Kelab Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah dan juga Kelab Kaunseling Sekolah.  Emier dipertanggungjawabkan sebagai mentor kepada Zaireen berdasarkan rekod dan disiplin Emier yang baik serta berjaya membimbing pelajar-pelajar yang bermasalah keluar daripada belenggu kemurungan.

Entah di mana silapnya. Tembok kepercayaan yang disemai di antara Emier dan Zaireen runtuh... runtuh tatkala Zaireen selesai menduduki peperiksaan PMR dan beberapa hari selepas tamatnya peperiksaan SPM. Dia telah menghancurkan dan memalukan perasaan banyak pihak...




“Maaf? Setelah apa yang dia buat pada anak saya? Cuba Tuan fikir kalau perkara ini berlaku pada anak tuan dan puan. Adakah puan akan biarkan?
“saya faham perasaan Encik Zainol. Tapi benda ini dah berlaku. Kalau saya ada di situ tentu saya boleh menghalang dari berlaku. Kita semua pun tak mahukan ia berlaku. Tapi._____”
“Tapi dah berlaku! Itu yang Tuan maksudkan?”
Semua senyap seketika. Emier hanya menunduk. Menyesal atas segalanya.
“Zaireen mana? Boleh saya jumpa dia? Saya nak minta maaf sendiri pada dia atas apa yang Emier telah lakukan.”
“Dah terlambat, puan________” ibu tiri Zaireen berdiri sambil mengeluarkan sepucuk surat dan menyerahkan kepada Datin Queysha. Isi surat dibacanya sambil menitiskan air mata. Kemudian menyerahkan kepada Datuk Zaheed dan akhirnya kepada Emier.


Terpaku.


“Puas hati kamu semua? Kami pun tak tahu dia ke mana! Dia pergi tanpa pengetahuan kami.”


Zaaapppppp!!!!


“Saya tahu ini tidak bernilai dan tidak sama nilai yang telah diambil oleh Emier daripada Zaireen. Cuma saya harap ini dapat membantu keluarga Encik Zainol.”

Sekeping cek diserahkan oleh Datuk Zaheed kepada ayah Zaireen. Perasaan malu masih menebal di mukanya. Malu akan perbuatan Emier. Tapi di dalam hati dia menyalahkan dirinya dan perniagaannya yang menyebabkan Emier jadi begitu. Dia percaya Emier bukanlah anak yang jahat. Sejak itu dia berjanji untuk berubah demi isteri, anak dan keluarganya.


Kini setelah sepuluh tahun.


Wajah itu berada di hadapannya. Bagaikan melihat cermin yang membalikkan kenangan di waktu mudanya. Saling tak tumpah. Wajah yang dirinduinya. Wajah itu memadam segala kekusutan dan peristiwa yang bermain di fikirannya sebentar tadi. Mereka berbalas senyuman dan berpelukan di ruang ketibaan antarabangsa, KLIA.

Alhamdulillah, syukur Ya Allah.
Post a Comment